Lama tak jumpa Ustaz Haikal, jumpa jugak akhirnya petang tadi...
"Anta ni bila nak berumahtangga semula?..
Ahh, soalan bonus ni..haha
Biarla dulu ustaz, rumah saya memang tak payah tangga, sebab atas tanah jer"..
"Anta ni loyar buruk pulak, ni aku nak bagitau sikit, kalau rasa elok, ikut, kalau rasa tak elok, jangan ikut"
Apa bendanya ustaz?
"Kalau anta dah ada niat nak buat tangga rumah nanti, aku nak kau selidik dulu satu perkara ni"
Ish, apa bendanya ustaz ni?..kaji selidik?
"Tak ada apa, petua orang tua-tua, katalah anta ada kesempatan makan dirumah perempuan yang bakal jadi pasangan tu, cuba tengok sinki dapur setelah dia membasuh pinggan"
Kenapa pulak dengan sinki?
"Tengok sinki tu bersih ke tidak, kalau cuma setakat dia basuh semua pinggan mangkuk aje, tapi biarkan sampah-sampah makanan tertinggal, maknanya perempuan tu rasa geli nak korek kat lubang sinki tu, ha, kalau yang macam ni, jangan anta pilih. Yang ini jenis 'maintenance' tinggi dan tak sanggup susah, bila senang dia sayangla, bila susah,...anta faham-faham ajelah.
Kalau yang sinki tu bersih, tak ada sampah lagi yang tertinggal, habis semua dia korek dan bersihkan, yang ini anta pilih, jenis macam ini, susah macamana pun, dia setia dengan anta"
Iya ke ni ustaz? boleh percaya ke ni?
"Kan aku kata tadi kalau elok, ikut, kalau tak elok, jangan ikut kata aku ni"
Owh, petua orang tua-tua ya, zaman orang tua-tua dulu dah ada sinki ke?..atau petua ustaz je ni?.hehe..(bisik hatiku)
Apapun, terimakasih ustaz, atas tips yang menarik ini. Ha..mana-mana perempuan yang ada terbaca post kali ni, hehe..bersihkan sinki dengan sempurna selepas membasuh pinggan mangkuk ya, Jangan Marah Haa (ikut style P.Ramlee cakap), bukan saya yang kata, Ustaz Haikal yang kata.
Wallahuaklam
sumber: http://www.myheppi.com/