-->
MizzninaStory

Monday, 18 March 2013

KISAH KITA

Views

Dear awak, bakal imamku suatu hari nanti..
Saya tak tahu apa yang awak tengah buat sekarang ni, kat mana awak berada, dan walau dengan siapapun awak, saya doakan semoga Allah sentiasa melindungi awak, walau kat mana saja awak dan kemana awak pergi..


Awak, ingat lagi tak masa mula-mula kita kenal dulu?
Okey, saya beralah.. yup.. saya yang mulakan chat dengan awak dulu kat facebook kan?
Awak ingat kan masa saya duduk Kampar, kita pernah jumpa walaupun tak pernah bertegur..
Masa tu saya ada rasa suka siket je kat awak.. hehe..
Lama-lama bila saya dah pindah kuantan, saya terjumpa facebook awak.. sebab tu saya hantar chat.. sebab saya rasa macam kenal.. sebab nak pastikan tu awak.. tu saya tegur ..hehe
Okey! Seriously awak, saya tak pernah hantar chat kat mana-mana lelaki pon.. tak tau kenapa tetibe tangan gatai nak hantar chat kat awak.. hehe..
Bermulalah satu persahabatan antara kita .. dah makin lama kawan,mesra-mesra , 20 may 2011.. awak pun mintak hubungan kita jadi makin rapat like *couple* J .. petang tu saya fikir la sekejap… pastu saya pun terima awak seadanya..
Masa tu saya tengah tunggu tawaran sambung belajar.. awak pun sama kan?
Tak sangka.. saya dapat kat ipoh.. dekat sangat dengan awak..
Masa first time kita date, awak bawak saya pergi kuala woh dengan kawan awak n gf dia.. awak ambik saya kat khakabo,Bandar baru.. hehe..
Masa bulan puasa awak suruh saya pergi jumpa family awak.. OMG! Masa tu saya nervous gila.. saya tak pernah jumpa mak ayah pakwe saya sebelum ni.. okey, first time jumpa family awak best sangat.. diorang layan saya baik sangat..*macam princess* especially mak awak.. siap buat makanan febret saya lagi *tomyam* ummm.. sedappppp… (thanks sangat makcik! Iloveyoulah)
Awak selalu bawak saya jumpa family awak.. tiap-tiap kali keluar WAJIB awak bawak saya jumpa family awak dulu…kat situ saya rasa dekat dengan family saya.. yelah.. family saya jauh… bila tengok family awak… saya rasa macam family saya sendiri.. terubat sikit rindu nak ada dengan family… *thanks awak*

Hmm…Kesian kat awak..
Awak dapat tawaran sambung belajar kat penang.. tapi sebab saya, awak sanggup tukar kat ipoh kan..
Tak dapat awak nak merantau.. *saya mintak maaf ye awak..*

Awak ingat tak… Awak selalu bawak saya pergi tengok matahari terbenam.. saya suka tengok matahari terbenam..
Saya respect awak! Sebab awak sanggup kejar matahari tu sebelum terbenam sebab nak suruh saya tengok.. subhanallah.. cantik sangat.. bila kita keluar, kalau ada masa WAJIB awak bawak saya kejar matahari kan.. haha.. *awakk.. awak romantik lahh.. suka! J*
Awak.. thanks tau.. awak banyak mendorong saya berubah.. dari saya tak pakai tudung sampai lah terbuka hati saya nak tutup aurat..*terharu sangat dengan awak*
Awak.. kenangan paling indah paling sweet yang saya selalu ingat masa awak ajak saya berjemaah solat isyak.. suka sangat dapat solat jemaah dengan awak.. satu hari nanti saya harap awak lah imam saya untuk selamanya..*aminn*

Awak..
Awak dah kenal mama saya.. mama pun selalu Tanya khabar awak.. Alhamdulillah.. *thanks mama faham saya suka sangat kat dia*
Nak kata tak pernah gaduh memang tak lah kan awak.. tiap-tiap masa ada je nak buat kita gaduh.. banyak dugaan kita kan awak… tapi kita tetap pertahankan hubungan kita.. *masyehh b*
Dekat 2 tahun kita bersama,banyak sangat kenangan kita yang saya takboleh lupakan.. nak cerita semua kat sini memang taklah kan.. *letih tangan saya tulis nanti*
Biarlah semua tu kita simpan dalam memori kita je.. kan awak..
Saja je saya tulis semua ni… nak bagi refresh memori awak.. hehe..

#thanks awak.. selalu ada dekat saya bila susah, bila senang..
Suka sangat bila dekat dengan awak.. awak selalu buat hati saya tenang dengan nasihat-nasihat awak..
Thanks jugak terima saya seadanya… saya manusia yang tak cukup sempurna.. ye.. saya banyak sakitkan hati awak kan… saya mintak maaf tau.. mungkin saya tak sengaja.. saya doakan hubungan kita sampai masa yang kita impikan… insyaallah…

Tapi…….
Sekarang (16/03/2013) .. saya dah tak ada awak…
Awak marah sangat kat saya sampai minta putus .. Tuhanje tau sebak nye hati saya baca mesej tu..
Saya tau.. salah saya.. bak kata awak… saya pentingkan diri sendiri..  saya paksa awak hantar saya hujan-hujan.. saya tak fikir bahaya awak kat tengah-tengah jalan tu bawa motor redah hujan… awak.. bukan saya tak fikir wak… dalam hati saya, saya tak putus doa suruh Tuhan jaga awak sepanjang perjalanan awak.. awak marah sangat kat saya.. sampai saya terdiam tak boleh kata apa-apa.. awak… kita pernah janji kan… susah senang sama-sama.. awak pernah janji kan hujan ribut kita redah sama-sama??awak lupa ke wak?? Awak.. memang banyak kali awak minta putus.. tapi awak minta balik nak sama-sama dengan saya.. tapi sekarang.. awak bagi msg kat saya awak kata lepas ni awak takkan minta balik dah..
Saya sedih wak.. bukan tu yang saya nak..

Apa pun keputusan awak.. saya harap saya boleh terima.. walaupun saya taknak..
Awak.. sebelum ni kalau saya dah putus dengan orang lain, saya takkan terima dia dah…
Tapi…
My hearts is open to u only…
I can’t accept others people wak… selain awak…
Apa-apa pun yang terjadi lepas ni samaada bende baik atau tidak, saya harap saya boleh terima..
Thanks awak.. pernah jaga saya,sayang saya selama ni.. saya hargai semua pengorbanan awak pada saya… thanks awak…


Apa yang saya mampu buat sekarang cuma berdoa kat Allah biar hati awak lembut untuk saya....

"kalau rindukan seseorang baca al-fatihah sambil tangan di dada.
dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita
padanya" :') 
    :::ustaz don daniyal

LOTS OF LOVE
Nina….


Posted by Unknown at 06:18 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kisah limapuluhsen

Views
                                                 


Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
 

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu
 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
 

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
 

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini, luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
 

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
 

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
 

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
 

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah kepada masjid, kaum kerabat yang dlm kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin, Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.
 

Sumber dari seorang sahabat yang mengajar di ipg Bangi, barakalLahu fiekum ajma'in.
 

Dipetik dari FB Ustaz Zahazan.
Posted by Unknown at 01:36 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Comments (Atom)

BACA LA BACA LA...

WELCOME TO MIZZNINA BLOGSPOT. BLOG TAK CANTIK TAKPE ASALKAN BERMANFAAT. KAN KAN KAN

Tinggalkan Jejak Anda Yep!

Take a look ARCHIVES

  • Aug 27 (1)
  • Apr 12 (1)
  • Mar 26 (1)
  • Mar 18 (2)
  • Mar 03 (1)
  • Feb 23 (2)
  • Feb 21 (2)
  • Feb 20 (1)
  • Feb 19 (1)
  • Jan 24 (1)



TUAN PUNYA BLOG

TUAN PUNYA BLOG
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl, Hello,Nina,20 Tahun, 19 Dis 1993,Student, ipoh,perak

Followers

MIZZNINA GOOGLE'S ACCOUNT

Unknown
View my complete profile

Search

HYE!thanks for visit yoo.. CLICK DUA KALI UNTUK CLOSE
[close]
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.