-->
MizzninaStory

Monday, 18 March 2013

kisah limapuluhsen

Views
                                                 


Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
 

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu
 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.
 

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
 

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini, luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
 

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
 

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
 

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
 

Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah kepada masjid, kaum kerabat yang dlm kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin, Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepada anda semua.
 

Sumber dari seorang sahabat yang mengajar di ipg Bangi, barakalLahu fiekum ajma'in.
 

Dipetik dari FB Ustaz Zahazan.
Posted by Unknown at 01:36
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

BACA LA BACA LA...

WELCOME TO MIZZNINA BLOGSPOT. BLOG TAK CANTIK TAKPE ASALKAN BERMANFAAT. KAN KAN KAN

Tinggalkan Jejak Anda Yep!

Take a look ARCHIVES

  • Aug 27 (1)
  • Apr 12 (1)
  • Mar 26 (1)
  • Mar 18 (2)
  • Mar 03 (1)
  • Feb 23 (2)
  • Feb 21 (2)
  • Feb 20 (1)
  • Feb 19 (1)
  • Jan 24 (1)



TUAN PUNYA BLOG

TUAN PUNYA BLOG
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl, Hello,Nina,20 Tahun, 19 Dis 1993,Student, ipoh,perak

Followers

MIZZNINA GOOGLE'S ACCOUNT

Unknown
View my complete profile

Search

HYE!thanks for visit yoo.. CLICK DUA KALI UNTUK CLOSE
[close]
Theme images by Jason Morrow. Powered by Blogger.